Sunday, February 27, 2011

ADAKAH CURI ITU SATU MUSIBAH, KESEMPATAN ATAU TEKANAN HIDUP

Masjid adalah Rumah Allah yang suci bagi Ummat Islam. Namun disebabkan kerakusan manusia yang tidak mengenal halal haram telah mencemarkan institusi ini…

Sudah tidak timbul rasa takut dan ngeri terhadap balasan Allah kepada mereka yang terlibat mencuri, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng wang masjid, wang zakat dan sebagainya. Di mana kah silapnya? Adakah kerana kekuatan aqidah terlalu nipis senipis kulit bawang atau ada punca2 lain...




Fenomena ini sudah lama berlaku…. Insan-insan terdesak ini sanggup mencuri/memecah/memancing tabung derma masjid. Tiada siapa yang cuba mencari penyelesaian kepada gejala ini… yang berlaku ialah usaha menghalang kecurian… dimanakah bezanya menghalang kecurian dengan mencari punca & menghapuskan gejala yang mengganggu masyarakat.


Apakah factor yang membuat insan2 terdesak ini mengambil sikap khianat terhadap hak orang lain? Persoalannya ialah kenapa ianya semakin menjadi-jadi…. Ini sudah menjadi satu gejala serius untuk di atasi dan ianya memakan kos yang tinggi.


Kebiasaan mencuri ini akan menjadi keselesaan kepada mereka yang terdesak untuk mencari sesuap nasi. Malangnya fenomina ini sudah menjadi satu gerakan yang berangkai. Dalam ertikata lain, operasi mencuri ini bergerak dibawah satu kumpulan. Apa yang menyedihkan, ia sudah menyerap kedalam kanak-kanak yang sepatutnya diasuh dan dididik dengan keharmonian Islam. Gejala social berpunca dimana. 
  1.  Adakah sememangnya desakan hidup?  
  2. Adakah kerana serapan dari filem2 yang mengesahkan wang mudah dan keselesaan hidup.
  3. Mungkin ruh pemerintah secara dan ikhlas luhur tidak ada, jadi Allah menciptakan masalah ini sebagai satu mental stress kepada hamba-hambaNya yang lain.


Kalau kerana hidup, apakah manusia sanggup menggadai nyawa berebut wang syiling yang bertaburan di atas lebuhraya Seremban-KL berpunca dari musibah orang lain... tanpa nilai kemanusiaan... membiarkan ada yang maut dan cedera demi sedikit "rezqi" terpijak ini. 

  1. Nilai sebuah kehidupan yang begitu rendah dan rapuh nilainya disebabkan oleh apa? 
  2. Apakah sudah susut nilai harga diri? 
  3. Susut nilai peradaban dan keimanan oleh sikap sendiri atau ruh penguasa yang membenci Islam syumul? 





Begitu juga dengan sikap mengangkut beras tumpah hasil musibah lori mengangkut yang mengalami kemalangan jalanraya di Tanjung Malim baru-baru ini.   


Marilah kita bersama memerah kepala memikirkan siapakah yang bersalah dalam hal ini… Desakan hidupkah yang bersalah? Pengaruh budaya liar kah yang bersalah? Pemerintahkah yang bersalah?



Komen aku:

Kita ada ditinggalkan 2perkara oleh Junjungan Besar  yang mana kita telah dijamin tidak akan sesat selamanya  
selagi berpegang dengan keduanya iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS…. Sejauh manakah alim ulama kita berusaha kearah ini dalam mendekatkan diri kepada ruh al-quran dan al-hadis? 


Sejauh manakah keyaqinan penguasa-penguasa beragama Islam meyaqini keadilan Islam sehinggakan wanita bermusafir tidak diganggu kerana takutkan Allah... Peranan alim ulama adalah diperlukan.... Selagi mereka merasa selesa dan keenakkan, mereka akan lalai dari memerhatikan ciri-ciri membina nilai-nilai murni dalam hati nurani rakyat marhaen.. 


Rakyat akan makin tertekan dan melahirkan mereka dan generasi mereka sebagai insan-insan liar yang akan memangkin pemerintahan negara.... Darah yang mengalir dalam diri mereka adalah terdiri dari darah yang sudah dicemari dengan makanan haram, bolehkah diharapkan mereka akan membela Islam dari terpinggir.  

Sama-samalah kita merenung untuk penyelesaian ini kerana semua akan disoal diakhirat kelak atas tanggungjawab mereka…. Jangan berlepas tangan dari keterlibatan menyertainya….


Kita mengaku bahawa keduanya tinggalan Rasululullah   ada amat sesuai di sepanjang waktu, suhu dan cuaca… Ulamak seluruhnya hendaklah mencari jalan untuk sama-sama menyelesaikannya, bukan mencari jalan untuk bersedap-sedapan sahaja dengan alasan pasang cctv, polis ada dan macam-macam lagi…. Apakah perlu negara di Islamkan???? Tepuk dada tanya lah Iman...... Entah laaaaa


Allahu A’lam

Thursday, February 24, 2011

KRONI DAPAT KONTRAK RM2.45 BILLION



الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه

بســـم الله الرحمن الرحيم



Suara Keadilan 4 keluaran 22 Februari, 2011

19 Februari, 2011 Seberang Jaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian Kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada 3 syarikat dipercayai milik Kroni UmNo/BN.


Awal Februari lalu Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd. (Petrofac), Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura Energy)

Sapura Energy, anak syarikat Sapura Crest Petrolium Bhd. (SapuraCrest) dianugerak kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai US800juta (RM2.45bilion) dipersisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50% pegangan equity RSC Akan membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25% kepentingan equity.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana Energy, Datuk Mokhzani, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini dinamakan sebagai  antara individu terkaya di Malaysia dengan harta bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia mengikut Malaysia Business itu, Pengerusi  CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik YAB perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.

Siapakah yang sedang berMain Tarik Tali..... Entah la..... Banyak tuuuuu RM2.45 Bilion = US800 milion....... Kaya Kaya Kaya.....

Wednesday, February 23, 2011

Mari Bermain Tali

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه



بســـم الله الرحمن الرحيم



Aku namakan blog aku dengan nama MAIN TARIK TALI.... sempena PESANAN ALLAH melalui firmanNya dalam surah Ali-Imran : 103

وَاعْتَصِـمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا, وَاذْكُرُوْا نِعْمَـتَ اللهِ عَلَيْكُمْ اِذْكُنْتُمْ اَعْدَاءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْـبَحْتُمْ بِنِعْمَتِـهِ اِخْوَنًــا, وَكُنْتُمْ عَلَى شَــفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّــارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِنْهَــا, كَذَا لِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ ءَايَـاتِــهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ

Berpegang teguhlah kamu dengan TALI ALLAH kesemuanya, dan janganlah berpecahbelah, Ingatlah kurnia Allah atasmu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkan Allah akan hati2 kamu (didalam agama Allah), sehinggakan dengan kurnia Allah itu kamu menjadi saudara, dan kamu dahulu berada ditepi lubang neraka, lalu diselamatkanNya kamu daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu semua supaya menuruti JALAN YANG BENAR"


Teringat aku akan sebuah lagu di tahun 70an dahulu dinyanyikan oleh Titik Sandora & Muchsin sebuah lagu Main Tali amat popular dan menjadi siulan remaja di kala itu...


Aku terpanggil untuk melihat kembali yang berbetulannya nama blog ini agak sinonim dengan lagu ini, mari kita hayati seni katanya yng munkin membawa erti lain....




mari bermain tali, peganglah disini
aku kan menarik hujung  sebelah sana…
jangan kau dekati bila ragu hati
bila kutinggal pergi, janganlah merana

sungguh adik pandai menggoda hati amboi
kini hati abang sungguhlah tertawan
mana hujung tali takkan ku lepas lagi
pengikat dirimu hingga tak dapat pergi..

Mari bermain tali, bawah rumpun bambu
pegang-pegang tali, jangan pegang diriku




Aku harap ianya akan menjadi satu lagu rakyat yang merdu dan amat simbolik kepada maksud yang tersendiri. Hanya minda yang benar-benar berfungsi dapat menghayati, mengolah hala tuju lagu yang penuh dengan simbolik ini....


Dalam perjuangan, marilah berpegang dengan TALI Allah... sesungguhnya TALI Allah yang akan menyelamatkan kita semua di akhirat Allah... Tali Allah yang dituntut sebagai kekuatan AQIDAH tertakluk dibawah naungan kalimah tauhid... 



لاَ إِلَـــهَ إِلاَّ الله
مُحَمَّدً رَسُـــوْلُ الله