Thursday, February 24, 2011

KRONI DAPAT KONTRAK RM2.45 BILLION



الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه

بســـم الله الرحمن الرحيم



Suara Keadilan 4 keluaran 22 Februari, 2011

19 Februari, 2011 Seberang Jaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian Kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada 3 syarikat dipercayai milik Kroni UmNo/BN.


Awal Februari lalu Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd. (Petrofac), Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura Energy)

Sapura Energy, anak syarikat Sapura Crest Petrolium Bhd. (SapuraCrest) dianugerak kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai US800juta (RM2.45bilion) dipersisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50% pegangan equity RSC Akan membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25% kepentingan equity.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana Energy, Datuk Mokhzani, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini dinamakan sebagai  antara individu terkaya di Malaysia dengan harta bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia mengikut Malaysia Business itu, Pengerusi  CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik YAB perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.

Siapakah yang sedang berMain Tarik Tali..... Entah la..... Banyak tuuuuu RM2.45 Bilion = US800 milion....... Kaya Kaya Kaya.....

No comments:

Post a Comment