Sunday, February 27, 2011

ADAKAH CURI ITU SATU MUSIBAH, KESEMPATAN ATAU TEKANAN HIDUP

Masjid adalah Rumah Allah yang suci bagi Ummat Islam. Namun disebabkan kerakusan manusia yang tidak mengenal halal haram telah mencemarkan institusi ini…

Sudah tidak timbul rasa takut dan ngeri terhadap balasan Allah kepada mereka yang terlibat mencuri, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng wang masjid, wang zakat dan sebagainya. Di mana kah silapnya? Adakah kerana kekuatan aqidah terlalu nipis senipis kulit bawang atau ada punca2 lain...




Fenomena ini sudah lama berlaku…. Insan-insan terdesak ini sanggup mencuri/memecah/memancing tabung derma masjid. Tiada siapa yang cuba mencari penyelesaian kepada gejala ini… yang berlaku ialah usaha menghalang kecurian… dimanakah bezanya menghalang kecurian dengan mencari punca & menghapuskan gejala yang mengganggu masyarakat.


Apakah factor yang membuat insan2 terdesak ini mengambil sikap khianat terhadap hak orang lain? Persoalannya ialah kenapa ianya semakin menjadi-jadi…. Ini sudah menjadi satu gejala serius untuk di atasi dan ianya memakan kos yang tinggi.


Kebiasaan mencuri ini akan menjadi keselesaan kepada mereka yang terdesak untuk mencari sesuap nasi. Malangnya fenomina ini sudah menjadi satu gerakan yang berangkai. Dalam ertikata lain, operasi mencuri ini bergerak dibawah satu kumpulan. Apa yang menyedihkan, ia sudah menyerap kedalam kanak-kanak yang sepatutnya diasuh dan dididik dengan keharmonian Islam. Gejala social berpunca dimana. 
  1.  Adakah sememangnya desakan hidup?  
  2. Adakah kerana serapan dari filem2 yang mengesahkan wang mudah dan keselesaan hidup.
  3. Mungkin ruh pemerintah secara dan ikhlas luhur tidak ada, jadi Allah menciptakan masalah ini sebagai satu mental stress kepada hamba-hambaNya yang lain.


Kalau kerana hidup, apakah manusia sanggup menggadai nyawa berebut wang syiling yang bertaburan di atas lebuhraya Seremban-KL berpunca dari musibah orang lain... tanpa nilai kemanusiaan... membiarkan ada yang maut dan cedera demi sedikit "rezqi" terpijak ini. 

  1. Nilai sebuah kehidupan yang begitu rendah dan rapuh nilainya disebabkan oleh apa? 
  2. Apakah sudah susut nilai harga diri? 
  3. Susut nilai peradaban dan keimanan oleh sikap sendiri atau ruh penguasa yang membenci Islam syumul? 





Begitu juga dengan sikap mengangkut beras tumpah hasil musibah lori mengangkut yang mengalami kemalangan jalanraya di Tanjung Malim baru-baru ini.   


Marilah kita bersama memerah kepala memikirkan siapakah yang bersalah dalam hal ini… Desakan hidupkah yang bersalah? Pengaruh budaya liar kah yang bersalah? Pemerintahkah yang bersalah?



Komen aku:

Kita ada ditinggalkan 2perkara oleh Junjungan Besar  yang mana kita telah dijamin tidak akan sesat selamanya  
selagi berpegang dengan keduanya iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS…. Sejauh manakah alim ulama kita berusaha kearah ini dalam mendekatkan diri kepada ruh al-quran dan al-hadis? 


Sejauh manakah keyaqinan penguasa-penguasa beragama Islam meyaqini keadilan Islam sehinggakan wanita bermusafir tidak diganggu kerana takutkan Allah... Peranan alim ulama adalah diperlukan.... Selagi mereka merasa selesa dan keenakkan, mereka akan lalai dari memerhatikan ciri-ciri membina nilai-nilai murni dalam hati nurani rakyat marhaen.. 


Rakyat akan makin tertekan dan melahirkan mereka dan generasi mereka sebagai insan-insan liar yang akan memangkin pemerintahan negara.... Darah yang mengalir dalam diri mereka adalah terdiri dari darah yang sudah dicemari dengan makanan haram, bolehkah diharapkan mereka akan membela Islam dari terpinggir.  

Sama-samalah kita merenung untuk penyelesaian ini kerana semua akan disoal diakhirat kelak atas tanggungjawab mereka…. Jangan berlepas tangan dari keterlibatan menyertainya….


Kita mengaku bahawa keduanya tinggalan Rasululullah   ada amat sesuai di sepanjang waktu, suhu dan cuaca… Ulamak seluruhnya hendaklah mencari jalan untuk sama-sama menyelesaikannya, bukan mencari jalan untuk bersedap-sedapan sahaja dengan alasan pasang cctv, polis ada dan macam-macam lagi…. Apakah perlu negara di Islamkan???? Tepuk dada tanya lah Iman...... Entah laaaaa


Allahu A’lam

No comments:

Post a Comment