السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku mengikuti perkembangan Islam di Malaysia, bumi bertuah negara tercinta sejak kecil sehingga dewasa. Perkembangan dalam beberapa perkara, banyak perkara mereka tidak mengambil pendekatan melalui agama. Dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar isu, pendekatan agama adalah satu slot yang dipertaruhkah untuk melepaskan diri.
Pertembungan identiti politik di Malaysia menzahirkan ulamak-ulamak nakal yang mementingkan aqli tanpa nakli yang menjadi sokongan kepada hujah mereka.
Mereka menggunakan kekuatan jawatan mereka dengan sepenuhnya bagi memuaskan hati penguasa-penguasa yang disangkakan menyuapkan mulut mereka. Mereka sangkakan pemberi rezeqi ke mulut mereka itu penguasa-penguasa mereka.
Mereka juga seolah-olah bertuhankan kepada jawatan, kumpulan dan penguasa dari kalangan mereka. Mereka tanpa segan silu menzahirkan kesesatan mereka, kepentingan mereka demi kehidupan selesa yang sementara waktu sahaja.
Mereka menjadi buta dari mengatakan yang benar. Mereka mempertahankan idealisma mereka dengan mempersendakan hukum-hukum Allah.... Mereka adalah merupakan ilmuan Islam yang mencari populariti dengan menjual Islam untuk pencapaian matlamat peribadi.
Mereka sanggup menjadi batu loncatan kepada gerakan anti Islam dan dalam waktu yang sama mereka adalah batu perisai mempertahankan serangan hujah dari gerakan Islam.
Demikian lah berhala-berhala ghaib yang berada dihadapan mereka, menghantui mereka, meracuni pemikiran mereka.... Mereka hanya berani menyentuh hal2 yang bersangkutan dengan hal awam sahaja....
Mereka adalah terdiri pensyarah universiti dalam bidang Ulumul Quran, penceramah 5 bintang bertaraf Dato', berkelulusan dari universiti Timor Tengah....
Mereka membincangkan pasal dan bab-bab yang bukan yang sealiran dengan kepentingan mereka... Mereka membentangkan kertas kerja mengenai kejahatan Shiah, Wahabi dan segala hal dengan menyorok segala kejahatan sendiri.
Pernahkah mereka menasihati orang-orang bukan Islam supaya jangan mempertikaikan hal-hal MENGENAI tuntutan Islam kerana mereka bukan ahli dan bukan beragama Islam...????
Firman Allah dalam surah al-Kafirun : 1-6
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku
tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara
kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku
beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6)”
Adakah mereka ini BODOH?
Tidak!!! Mereka semuanya berkelulusan tinggi. Mereka semua berjawatan tinggi. Mereka hanya berkepentingan. Mereka perlukan kemewahan dunia. Mereka sedang menjualkan agama mereka untuk habuan dunia yang sedikit ....
Mereka membincangkan pasal dan bab-bab yang bukan yang sealiran dengan kepentingan mereka... Mereka membentangkan kertas kerja mengenai kejahatan Shiah, Wahabi dan segala hal dengan menyorok segala kejahatan sendiri.
Pernahkah mereka menasihati orang-orang bukan Islam supaya jangan mempertikaikan hal-hal MENGENAI tuntutan Islam kerana mereka bukan ahli dan bukan beragama Islam...????
Firman Allah dalam surah al-Kafirun : 1-6
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢)
وَلَآ أَنتُمۡ
عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟
عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمۡ(٤)
وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ
مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Adakah mereka ini BODOH?
Tidak!!! Mereka semuanya berkelulusan tinggi. Mereka semua berjawatan tinggi. Mereka hanya berkepentingan. Mereka perlukan kemewahan dunia. Mereka sedang menjualkan agama mereka untuk habuan dunia yang sedikit ....
Mereka juga manusia yang tak lari dari nafsu syahwat kecintaan dunia... kemegahan dunia... disanjung didunia... sebagai orang penting. Mereka mahu disanjung dan dijunjung sebagai Menteri Agama, sebagai penjaga agama, sebagai mufti, sebagai ahli Islam dan sebagainya.
Tidak malukah mereka kepada pencipta mereka? Tebalkah kulit muka mereka untuk bertemu Allah dalam keadaan sentiasa mempersendakan Allah? Tahankah kulit mereka menerima pembakaran api neraka Allah.
Tidakkah mereka ketahui yang ragu dengan hukum Allah = Ragu Dengan Allah. Menolak satu huruf dari Al-Quran = Menolak Islam
Tidakkah mereka tahu makna SYIRIK....
1. Menghina agama Islam itu SYIRIK....
2. Mempersendakan hukum Islam itu SYIRIK....
3. Mengatakan hukum lain dari hukum Allah juga SYIRIK....
4. Tidakkah mereka tahu SYIRIK memakan amalan mereka....
Firman Allah dalam surah al-Maidah : 50
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوْقِنُوْنَ
“Apakah hukum JAHILIYYAH yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.”
Teringat aku akan sirah Nabi Allah Musa عليـه السـلم menceritakan bagaimana seorang alim mendoakan sepaya menahan Nabi Musa عليـه السـلم dari memasukki Mesir. Ulama yang dikenali dengan nama BAL'AN telah memohon doa kepada Allah dan Nabi Musa عليـه السـلم tersesat selama 40 tahun. Allah membenamkan si 'alim ini kedalam bumi dan mati dia sebagai seorang yang kafir.
Pesanan Nabi ﷺ mengenai
tinggalannya dalam hadis sahihnya :
تَرَكْتُ فِى كُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِـلُّوْا أَبَدًا
إِنْ تَمَسَّـكْتُمْ بِـهِمَـا - الْقُرْآنُ وَسُــنَّـتِى
إِنْ تَمَسَّـكْتُمْ بِـهِمَـا - الْقُرْآنُ وَسُــنَّـتِى
“Aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, tidak akan sesat kamu selamanya selagi kamu berpegang dengan
keduanya – Al-Quran dan sunnah ku”
Sampai bilakah Ulama akan bersatu atas landasan Sunnah yang ditinggalkan sebagai panduan sistem kehidupan.
Allah berfirman dalam surah Al-’Imran 3: Ayat 85:
وَمَنۡ
يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِيۡنًا فَلَنۡ يُقۡبَلَ مِنۡهُ
وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ
ٱلۡخَـٰسِرِيۡنَ
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”Entah la sampai bila ia akan berterusan......
Aku mohon keredhaan Ilahi dalam menyedarkan ummat Islam di Malaysia untuk mencari kebenaran..
ReplyDelete