Thursday, March 3, 2011

KRISIS IDENTITI - AGAMA SENDIRI JADI PERSENDAAN




 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

UMMAT ISLAM SENDIRI MEMPERSENDAKAN ISLAM


Sebuah rancangan Lawak Jenaka Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, telah menayangkan lawak yang melampaui batas. Artis prempuan Melayu (Noor Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak ketawa ramai.




Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Siapakah mereka yang hendak melenting. Sensitiviti agama semakin berkurangan. Munkin seandainya ianya datang datang dari kumpulan yang dipanggil pembangkang, munkin lah ada seorang dua MUPETI akan menyuarakan fatwa. 


Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non-Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja. 

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait rapat dengan Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak riuh dan heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan. 



Sesungguhnya benar firman Allah dalan surah al-Baqarah : 14-15

 وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (14) ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ (15) 

“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)(15)”


Siapakah yang menduduki kerusi Lembaga Penapis ini? 


Adakah mereka dibayar elaun untuk kerja ini? 


Adakah halal elaun yang mereka terima untuk disuapkan ke mulut ahli keluarga?

Apakah reaksi pihak berwajib?? 
Nothing & Contenuing Nothing



Firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran dalam Surah Al-Fusilat : 52
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ اللَّهِ ثُمَّ كَفَرْتُم بِهِ مَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ هُوَ فِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ ﴿٥٢﴾ 
"Katakanlah: "Bagaimana pendapatmu jika (Al Quran) itu datang dari sisi Allah, kemudian kamu mengingkarinya. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang selalu berada dalam penyimpangan yang jauh?" 

Inikah yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ bahawa Islam itu bermula dengan dagang dan berakhir dengan dagang? Orang Islam sendiri mempersendakan agama mereka untuk mengambil hati siapa? Apakah mereka sudah terdesak sangat untuk hidup sehingga aksi sebegini sudah tidak menjadi halangan kepada mereka untuk menggadaikan maruah diri demi ringgit yang sedikit.......

Berapa lamakah ianya bertahan? Tidak ketahuankah kepada mereka yang berkuasa menjaga agama? Munkinkah Mashitah Ibrahim boleh mengeluarkan fatwa baru.... 

Sesungguhnya BALA Allah sedang menghampiri kita kerana kelalaian kita... Wal 'aya zubillah...

Allahu A'lam... 


 





No comments:

Post a Comment