Monday, November 21, 2011

DAYUS - JAB AGAMA ISLAM & MAJLIS ISLAM SARAWAK


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MAJLIS ISLAM SARAWAK & JAIS - DAYUS
Pertemuan diadakan dengan 5 ratu cantik yang di hadiri oleh YDP Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais. 
Abang Shamsudin berkata, JAIS menerima aduan hampir setiap hari mengenai penganjuran pertandingan berkenaan sebelum ini... Dan memutuskan untuk memanggil peserta beragama Islam bagi memastikan mereka memahami Hukum Syarak. (????????)

Nota : Memastikan mereka memahami???? DAH FAHAM, BOLEH LE TERUSKAN ... ISH ISH ISH... PAK SHEIKH NI SEMUA NAK BUAT MACAMANA SEBENARNYA NI???????

Tiada sebarang alasan yang relevan untuk membiarkan ISLAM dihina oleh penganutnya sendiri.... Adakah tindakan MIS & JAIS termasuk dalam dakwah bil hikmah????? Apa Guna QANUN SYARI'AH SARAWAK???? HARAM DI MULUT TANPA HARAM DI MAHKAMAH SYARI'AH????? AKU TAK FAHAMMMMMMM

Katanya: pihaknya tidak menghalang penganjur meneruskan pertandingan berkenaan malam ini (malam tadi) kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta islam memikirkan semula kedudukan mereka....

Nota : Adakah pertandingan ini menjadi HALAL sebab ada 13 lagi perserta bukan Islam???? LAGI AKU TAK FAHAM.... Agak-agak yang JAHIL SEMUA TU BOLEH FAHAM KE?????

"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan Hukum Syarak, namun kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur MBB berdasarkan kesedaran harus ada dalam kalangan Umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri....
  Salah seorang peserta pakai baju Don't Waste My Time
Nabi bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عزوجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث- رواه أحمد والنسائي
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )



Nabi  bersabda :-
 عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه قال سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Dari Abi Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. (Sahih Muslim no 49)


                               
Majlis Islam Sarawak Dan Jabatan Agama Islam Sarawak - DAYUS..... 

INI SAHAJA PERKATAAN YANG LAYAK......



Saturday, November 12, 2011

HAJI - AMALAN HATI, JASAD & HARTA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


HAJI - RUKUN AMALAN HATI, JASAD DAN HARTA

Sama-samalah kita berdoa agar Allah menggolongkan kamu dan aku didalam golongan yang beruntung. Di dalam golongan yang juga mengaku bahawa Tuhan kami ialah Allah, dan mereka memilih jalan yang lurus. Bahawa sesungguhnya Haji ke Baitullah adalah satu ASAS Islam.

Haji menjadi RUKUN yang FARDHU, menjadi WAJIB atas setiap Muslimin wal Muslimat yang berkuasa untuk berkunjung kesana sekali seumur hidupnya. Begitulah juga dengan Umrah....

Firman Allah dalam surah Ali Imran : 97

وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلاً (٩٧)  

dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya (97)




Dalam firman Allah yang lain, surah Al-Haj 27 – 30 : 

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالاً وَعَلَىٰ ڪُلِّ ضَامِرٍ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (٢٧) لِّيَشۡهَدُواْ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَيَذۡڪُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ فَكُلُواْ مِنۡہَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡبَآٮِٕسَ ٱلۡفَقِيرَ (٢٨) ثُمَّ لۡيَقۡضُواْ تَفَثَهُمۡ وَلۡيُوفُواْ نُذُورَهُمۡ وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ (٢٩) ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ حُرُمَـٰتِ ٱللَّهِ فَهُوَ خَيۡرٌ لَّهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ‌ۗ وَأُحِلَّتۡ لَڪُمُ ٱلۡأَنۡعَـٰمُ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡڪُمۡ‌ۖ فَٱجۡتَنِبُواْ ٱلرِّجۡسَ مِنَ ٱلۡأَوۡثَـٰنِ وَٱجۡتَنِبُواْ قَوۡلَ ٱلزُّورِ (٣٠)

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28) Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. (29) Itulah yang wajib dipatuhi dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. (30)




Rasulullah bersabda dalam hadis sahihnya :

 بُنِيَ الْإِسْــلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَـهَـادَةِ اَنْ لاَ إِلَـهَ إْلاَّ اللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُـوْلُ اللهُ وَإِقَامِ الصَّـلاةِ, وَإِيْتَـاءِ الزَكَاةِ, وَحَجِّ الْبَيْتِ, وَصَـوْمَ رَمَضَـانَ  
“Islam itu di bina atas lima asas: iaitu : Bersyahadah bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah rasul utusanNya, kerjakan solat, keluarkan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa sebulan Ramadhan”

Rasulullah bersabda dalam hadis mutafaq :
مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَـةً ثُمَّ لَمْ يَحُجَّ عَلَيْـهِ أَنْ يَمُوْتَ إِنْ شَــاءَ يَهُودِيًّـا اَوْ نَصْـرانِيًّـا
“Sesiapa yang mempunyai bekal dan kenderaan, kemudian dia tidak juga menunaikan haji, tiada lah halangan baginya untuk memilih matinya sebagai seorang Yahudi atau Nasrani”

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُــقْ خَرَجَ مِنْ ذُنُوْبِـهِ كَيَوْمَ وَلَدَتْـهُ أُمُّـــهُ
“Barangsiapa yang menunaikan hajinya sedang ia tidak bercakap kotor dan tidak berlaku jahat, ia keluar dari dosa-dosanya, suci seperti bayi yang baru dilahirkan”

Nota : tidak bercakap kotor juga dalam erti syarak ialah tidak membicarakan sesuatu yang tidak memberi munafaat kepada Muslimin. Manakala tidak berlaku jahat seperti menjaga auratnya yang dituntut dijagainya disisi syarak. Kalau ini dapat di hayati dalam mengerjakan hajinya… dia akan mendapat ganjaran hajinya seperti dia baru dilahirkan.

HAKIKAT HAJI.

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah: Allah Taala mengumpamakan perjalanan keberangkatan ke haji itu seperti perjalanan keberangkatan ke Akhirat. Setiap urusan untuk perjalanan hendaklah ia menggambarkan urusan untuk perjalanan ke Akhirat yang menyamainya atau setanding dengannya.

1. Ketika mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga, kawan dan rakan, hendaklah seseorang itu membandingkan seolah-olah dia berada dalam keadaan mengucapkan selamat tinggal semasa menghadapi sakaratul maut.

2. Ketika menyediakan perbekalan untuk berhaji, hendak lah seseorang itu membayangkan bekalannya untuk di bawa ke Akhirat.

3. Ketika mengingati jauhnya perjalanan, hendaklah dia membayangkan jauhnya perjalanan ke Akhirat yang bakal ditempuh.

4. Ketika membimbangi dan khuatir akan halangan dan soal jawab dengan pihak imigresen dan kastam serta rintangan dalam perjalanan itu, hendaklah dia membayangkan kebimbangan dan kerisauan yang bakal ditempuh dalam perjalanan ke Akhirat. Di bimbangi akan soal Munkar dan Nakir dan siksanya yang akan dirasainya di dalam kubur kelak.

5. Ketika memakai kain ihram yang serba putih, hendaklah membayangkan dia sedang dipakaikan kain kapan atas dirinya sendiri sesudah kematiannya.

6. Ketika bersaei diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah, hendaklah dia membayangkan betapa gusar dan bimbangnya dia ketika berulang alik antara dua neraca mizan (timbangan) di Akhirat untuk menentukan mana satu neracanya yang berat.

7. Ketika berwukuf di Arafah, hendaklah menggambarkan betapa keadaannya berwukuf di Padang Mahsyar kelak.

8. Ketika seseorang haji itu sampai di Makkah Asy-Syarif, mudah-mudahan Allah tambahkan kemuliaannya, hendaklah dia membesarkan Allah dan mengAgungkannya sepenuh hati.

Inilah ringkasan hakikat HAJI yang saya petik dari maksud perbicaraan Imam Al-Ghazali Rahimahullah untuk kita dalami maksudnya. Memang tepat apa yang dianjurkan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya, dan dibalas nya dengan baik atas petunjuk kepada kaum Muslimin.

TATATERTIB SEORANG HAJI

Seseorang yang naik haji hendaklah bersifat lemah lembut, merendah diri, bertenang dalam perjalanan ke hajinya. Kerana dia sedang menuju ke Tuhannya yang bersifat Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Tinggi. Dia menuju untuk menyahut panggilan Tuhannya. Dia sedang menyiapkan dirinya untuk menjadikan dirinya sebagai TETAMU ALLAH. Dia berserah diri di bawah perlindungan Allah, Tidak seharusnya seseorang itu bersifat sombong, mengangkat diri dan berlebihan dalam serba serbi untuk menunjukkan kekuasaan dia atau kekayaan dia kerana di bimbangi dia terusir dari pandangan ALLAH Ta’ala. Na’zuzubillahi minzaalik….




Tuesday, November 8, 2011

MAZHAB KERISTIAN YANG MIRIP ISLAM



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MAZHAB KERISTIAN YANG MIRIP ISLAM : HATI-HATI


Al Muslimin wal Muslimat serta rakan-rakan semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam gerup ini...

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan Kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba.. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian.
Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama. Tengoklah saat mereka solat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud..

Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuth thalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah ('asar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul lail (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan saumu ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodok disebut saumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada Kristian Ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain solat dan puasa, jamaah Kristian Ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. Gambar2 ajaran Kristian Ortodok yg mungkin anda menjadi keliru dengannya.... berhati-hati laaaa kita tentang ajaran Kristian Ortodok... 

Hebahkan lah pada kawan2 kiter... Yang pasti... ini bukan ayat al-Quran..... Semoga kita semua berhati-hati..... jangan sampai terbeli..... dan digantung di rumah kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita supaya maklum. Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..... Perhatian : Kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Jangan juga jadikan ini sebagai surat berantai. Anggaplah ini satu maklumat yang amat penting untuk diketahui dan dikongsi bersama serta mengambil inisiatif untuk dimaklumkan kepada mereka yang lain kerana kita telah mengetahui akan kedudukan perkara ini.....

Itulah agenda Kristian untuk mengatakan mereka juga agama yang diturunkan oleh Allah, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Hhmm.... sekali pandang memang cantik  semacam khat-khat ayat/kalimah Al-Quran yang di framekan........ sebenar ayat dari Bible …..

Firman Allah dalam surah Ali-Imran: 19
 إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ 
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam


Allahu A'lam....

Thursday, November 3, 2011

AQIDAH SUCI MENYELAMATKAN IBADAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


AQIDAH SUCI MENYELAMATKAN IBADAH

Aqidah yang suci tidak akan ujud melainkan hanya dengan ISLAM sahaja. ISLAM adalah satu agama, keyaqinan dan kepercayaan yang dijamin dan dipelihara oleh Allah sendiri. Allah menjanjikan dalam firmanNya dalam surah Al-Hijr : 9

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُوۡنَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (9)


Disamping itu hendaklah diiktiqadkan agama yang terpelihara ini juga diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah : 3
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِيۡنَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيۡتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِيۡنًا‌ۚ 

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.


Oleh itu, Aqidah yang suci terkandung di dalam agama yang terpelihara ini adalah telah mencukupi dan tidak perlu kepada sebarang pindaan atau sandaran kepada sumber-sumber lain daripada apa yang difahami oleh Rasulullah dan kemudiannya para sahabatnya رضي الله عنهم .
KEPENTINGAN TAUHID

Kepentingan Tauhid dalam aqidah Islam dapatlah dibahagikan kepada tiga:

1.  Tauhid merupakan syarat am bagi penerimaan Sebarang Ibadah
Ibadah yang dilakukan akan tidak diterima seperti solat tanpa wudhuk, begitulah juga ibadah tidak diterima tanpa tauhid. Apalah gunanya kalau beribadah tetapi tidak disertai dengan tauhid. 

Firman Allah dalam surah Al-An’am : 88
وَلَوۡ أَشۡرَكُواْ لَحَبِطَ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik). (88)


2. Tauhid memberikan perangsang dan harapan untuk memasukki syurga serta menyelamatkan dari kekal dalam neraka. Dari riwayat Imam Muslim bahawa telah bersabda Rasulullah :
مَن لَقِيَ اللهُ لاَ يُشْـرِكُ بِـهِ شَــيْئًـا دَخَلَ الـجَنَّــةَ وَمَنْ لَقِيَــهُ يُشْـرِكُ بِـهِ شَــيْئًـا دَخَلَ الـنَّـارَ
Sesiapa yang bertemu dengan Allah tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu; masuk ke dalam syurga, dan barangsiapa yang bêrtemunya dengan mensyirikkanNya dengan sesuatu, masuk ke neraka 

Maka tauhid memberikan harapan kepada sesiapa yang telah melakukan dosa untuk mendapatkan pengampunan dari Allah dan mereka yang tertakluk di bawah kehendak Allaj. Sekiranya dikehendakkiNya; diampunkan dosa-dosanya daan sekiranya dikehendakkinya diazabkan mereka dahulu. 

Firman Allah dalam surah An-Nisaa :48
 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَنۡ يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُوۡنَ ذَٲلِكَ لِمَنۡ يَشَآءُ‌ۚ وَمَنۡ يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيۡمًا (٤٨)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (48)


3.  Tauhid memberi harapan dalam penerimaan syafaat dari orang-orang yang dibenarkan memberi Syafaat

Sesiapa yang SYIRIK, tidaka ada samasekali boleh dia menerima syafaat dari sesiapa pun.

Firman Allah dalam surah Al-Ghafir : 18
مَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ   
(Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (18)


As-Sheikh Hafiz Ibnu Ahmad Al-Hakami dalam kitab tauhidnya yang bertajuk “Ma'arij Al-Qabul” jilid satu tatakala menjelaskan kepentingan aqidah tauhid menjelaskan : “sesuai dengan kenyataan bahawa tauhid itu adalah disuruh oleh Allah, maka dengan ini, dakwah sekelian rasul-rasul kesemuanya adalah terhadap tauhid kepada Allah dan menafikan SYIRIK. Mereka tidak menyeru kepada sesuatu sebelum membuat seruan kepada tauhid dan tidak pula melarang sesuatu sebelum melarang dari syirik sepertimana yang telah dijelaskan secara meluas. Allah tidak menyebut berkenaan Tauhid bersama dengan suruhan-suruhan yang lain melainkan mendahuluinya dengan tauhid dan begitu juga menyebut berkenaan syirik bersama-sama dengan larangan-larangan yang lain melainkan mendahuluinya dengan SYIRIK.

Contoh perintah suruhan, Allah berfirman dalam surah An-Nisaa : 36
 وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً فَخُورًا   
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.(36)

Contoh dari segi larangan Nya… Allah berfirman dalam surah Al-An’am : 151
قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّڪُمۡ عَلَيۡڪُمۡ‌ۖ أَلَّا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَڪُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقٍ‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُڪُمۡ وَإِيَّاهُمۡ‌ وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ‌ۖ وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ    
Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (151)

Begitu juga dengan hadis2 Nabi ﷺ yang didalamnya membuat beberapa suruhan dan larangan. Hadis-hadis ini sentiasa memulai segala suruhan dengan seruan kepada tauhid dan mendahului segala larangan dengan larangan syirik.

Contohnya dalam hadis yang Nabi  ditanya : “Tunjukan kepadaku satu amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada syurga dan menjauhi diriku dari neraka”. Maka dijawabnya: “Demi sesungguhnya kamu telah menanyakan sesuatu yang amat penting… beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu syirik kepadNya dengan sesuatu… dan seterusnya dia menyebut amalan2 lain… (hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad ibnu Hanbal dan Ibnu Majah) – terjemahan daripada kenyataan As-Sheikh Al-Hakami.



Wednesday, November 2, 2011

ULIL AMRI ATAU MULKAN JABRIYYAN????



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PEMERINTAH : ULIL AMRI ATAU MULKAN JABRIYYAN????

Peranan pemimpin di dalam Islam amat penting. Islam amat menganjurkan sifat berkepimipinan. Islam tidak akan dapat di terapkan secara total tanpa sikap berkepemimpinan. Begitu lah Islam yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan dilanjutkan oleh para Khulafaur Rasyidin dan diteruskan oleh generasi sesudah mereka dalam bentuk khalifah dan daulah Islamiyah.



Sedangkan tuntutan daripada adanya kepemimpinan adalah ketaatan. Di dalam al-quran ada sepotong ayat yang memerintahkan taat kepada pemimpin. Biasanya ayat ini dikutip oleh para politikus Islam, bahkan parti 'non' Islam juga seperti Nationalis, terutamanya dimusim menjelang pilihanraya. Ayat ini juga dijadikan dalil dan hujah sebagai sumber menyokong hujah pendokong pemimpin thaghut - pemimpin yang menolak SYARI'AT ISLAM sebagai konstitusinya (perlembagaannya).

Namun yang menjadi kebimbangan umum ialah mereka mengutip ayat ini hanya sebahagian.. kenapa harus mereka sorokan kesemua ayat ini. Mereka mengambil secara tidak lengkap. mereka menjaja ayat ini supaya rakyat mematuhi mereka kononnya mereka juga Islam dan kerajaan Islam.

Ayat popular tajaan mereka dari 
surah An-Nisaa : 59  
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِيۡنَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيۡعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيۡعُواْ ٱلرَّسُوۡلَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡكُمۡ‌ۖ فَإِنۡ تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِىۡ شَىۡءٍ فَرُدُّوۡهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُوۡلِ إِنۡ كُنۡتُمۡ تُؤۡمِنُوۡنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيۡلاً (٥٩)
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (59) :


Ayat ini disebut oleh ulama sebagai hak para pemimpin yang menjadi kewajiban rakyat. Sedangkan pada ayat sebelumnya (surah an-Nisaa : 58) tidak pernah di bacakan oleh mereka yang mengambil kesempatan dari puak thaghut. Ini disebabkan ayat tersebut menuntut pemimpin @ pemerintah menunaikan hak-hak ISLAM terlebih dahulu dan menjadi KEWAJIBAN kepada pemimpin iaitu menunaikan AMANAT kepemimpinan dengan sebaik-baiknya. Memberikan hak kepada yang berhak menerimanya dan memutuskan hukum diantara rakyatnya dengan seadil-adilnya.

Firman Allah dalam  Surah An-Nisaa : 58

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَنۡ تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُمۡ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَنۡ تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيۡعَۢا بَصِيۡرًا (٥٨ 
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)



Setiap kali waktu menghampiri pilihanraya, ayat ini begitu popular dikumandang oleh politikus. Ianya juga dijaja oleh pemimpin-pemimpin thaghut dan ulama upahan dan ulama suk demi menjaga kepentingan periok nasi mereka dengan menyorok ayat sebelumnya. Setiap kali pidatu mereka, ayat ini diulang-ulang dihadapan pelajar-pelajar, ketua-ketua masyarakat, alim ulama,ustaz-ustaz dan aktivis Islam. Tidak ketinggalan juga pemimpin taghut yang menjadikan dalil ini untuk meligitimasikan kesetiaan dan ketaatan kepada mereka.  Kenapa ini berlaku??? Tak lain tak bukan kerana ayat ini mereka menuntut ketaatan rakyat terhadap ulil amri minkum - pemimpin dari kalangan kamu. Persoalannya ialah pemimpin diantara kita atau pemimpin di antara orang yang beriman...?????


Bagi yang mempergunakan ayat ini untuk kepentingan sendiri, mereka hanya mengambil atau membaca ayat ini sebahagian sahaja seperti:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِيۡنَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيۡعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيۡعُواْ ٱلرَّسُوۡلَ
 وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡكُمۡ‌ۖ
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.




Penyambung sehingga habis ayat amat jarang dikutip. Pada hal sambungan ayat itu amat penting... Kenapa disorokan??? Kerana ciri-ciri ulil amri minkum dijelaskan disini.. bahagian sambungan ini yang menjelaskan siapa sebenar pemimpin yang ditekankan tuntutan TAAT ini diberikan. Bukan menentukan dengan sebahagian ayat sudah dapat menentukan siapakah si fulan tersebut dan terus perolehi ketaatan umat.

Sambungan kepada ayat ini yang sentiasa disorokkan :
 فَإِنۡ تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِىۡ شَىۡءٍ فَرُدُّوۡهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُوۡلِ إِنۡ كُنۡتُمۡ تُؤۡمِنُوۡنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيۡلاً
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.


Mana-mana pemimpin yang memakai konstitusi selain al-Quran dan As-Sunnah adalah TIDAK LAYAK disebut sebagai ulil amri minkum yang sebenarnya. Mereka sebenarnya hanya layak di panggil MULKAN JABBARIYYAN. 

Allah menjelaskan bahawa ciri-ciri utama ulil amri minkum yang sebenarnya ialah komitmen yang tinggi untuk mengembalikan segenap urusan yang diperselisihkan kepada Allah (Al-Quran) dan Ar-Rasul (Sunnahnya). Para pemimpin sejati  diantara orang-orang yang beriman tidak munkin akan rela menyelesaikan berbagai urusan kepada selain al-Quran dan sunnah Rasul.

Ini amat diyaqini dan difahami benar dari peringatan Allah terhadap mereka yang beriman dengan ayat Allah dalam surah Al-Hujurat : 1


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)





Dalam satu sirah khulafa menceritakan bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab mengeluarkan sebuah kebijakan ijtihad berupa larangan bagi wanita beriman bagi meminta mahar yang memberatkan pihak lelaki beriman mahu menikah. Tiba-tiba bangun seorang wanita beriman mengangkat suaranya mengkritik kebijakan Khalifah seraya mengutip firman Allah yang mengizinkan mukminat untuk menentukan mahar sesuka hati mereka. Amirul Mukminin langsung beristighfar dan berkata : wanita itu benar dan Umar salah, dengan ini saya tarik balik kebijakan saya”.

Maha Suci Allah, demikianlah komitmen para pendahulu kita dalam hal mentaati Allah dan Rasul Nya dalam segenap perkara yang diperselisihkan.


Dalam kontek kehidupan kita dewasa ini, segenap sistem hidup yang berlaku diberbagai-bagai negara - baik negara majoriti penduduknya Muslim mahupun kafir, ialah mengembalikan segenap urusan yang diperselisihkan kepada selain Allah dan Rasul (sunnahnya). 

Tidak kita jumpai satu pun kehidupan moden yang jelas-jelas menyebut bahawa satu ikutan yang dibelakukan Islam dan intinya ialah mendahulukan segala ketetapan Allah dan RasulNya sebelum yang lain-lainnya. Malahan apa yang kita temui semua negara moden mempunyai konstitusi mereka adalah hasil buatan manusia. seolah-olah manusia mampu merumuskan satu konstitusi yang lebih baik dan lebih benar daripada sumber utama dari Allah.



Justeru itu, ianya bermakna tiada satu pun dari negara-negara ini masih belum layak dipanggil ulil amri minkum yang sebenarnya. Amat benar Nabi Rasulullah ﷺ dan menyebut dalam hadisnya:

“MULKAN JABBARIYYAN ertinya penguasa yang memaksakan kehendaknya dan sudah tentunya mengabaikan kehendak serta perintah Allah dan Rasul Nya



Amat bahaya kepada masyarakat luas yang kebanyakkan Jahil di exploitasikan oleh mereka yang berkepentingan telah menjadikan pemimpin tersebut sebagai taghut iaitu pihak yang selain Allah yang memilikki autoriti namun berlaku yang melampaui batas sehingga menuntut ketaatan umat sebagaimana selayaknya mentaati Allah... Nauzubillah min zaalika......