السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
AQIDAH SUCI MENYELAMATKAN IBADAH
Aqidah yang suci tidak akan ujud melainkan hanya dengan ISLAM sahaja. ISLAM adalah satu agama, keyaqinan dan kepercayaan yang dijamin dan dipelihara oleh Allah sendiri. Allah menjanjikan dalam firmanNya dalam surah Al-Hijr : 9
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُوۡنَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya. (9)”
Disamping itu hendaklah diiktiqadkan agama yang terpelihara ini juga diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah : 3
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِيۡنَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ
نِعۡمَتِى وَرَضِيۡتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِيۡنًاۚ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu.”
Oleh
itu, Aqidah yang suci terkandung di dalam agama yang terpelihara ini adalah
telah mencukupi dan tidak perlu kepada sebarang pindaan atau sandaran kepada
sumber-sumber lain daripada apa yang difahami oleh Rasulullah ﷺ dan kemudiannya para sahabatnya رضي الله عنهم .
KEPENTINGAN
TAUHID
Kepentingan Tauhid dalam aqidah Islam dapatlah dibahagikan kepada tiga:
1. Tauhid
merupakan syarat am bagi penerimaan Sebarang Ibadah
Ibadah
yang dilakukan akan tidak diterima seperti solat tanpa wudhuk, begitulah juga ibadah
tidak diterima tanpa tauhid. Apalah gunanya kalau beribadah tetapi tidak
disertai dengan tauhid.
Firman Allah dalam surah Al-An’am : 88
وَلَوۡ أَشۡرَكُواْ لَحَبِطَ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
“dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)
nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal
yang baik). (88)”
2. Tauhid
memberikan perangsang dan harapan untuk memasukki syurga serta menyelamatkan
dari kekal dalam neraka. Dari riwayat Imam Muslim bahawa telah bersabda
Rasulullah ﷺ :
مَن لَقِيَ
اللهُ لاَ يُشْـرِكُ بِـهِ شَــيْئًـا دَخَلَ الـجَنَّــةَ وَمَنْ لَقِيَــهُ يُشْـرِكُ
بِـهِ شَــيْئًـا دَخَلَ الـنَّـارَ
“Sesiapa
yang bertemu dengan Allah tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu; masuk ke dalam
syurga, dan barangsiapa yang bêrtemunya dengan mensyirikkanNya dengan sesuatu,
masuk ke neraka”
Maka
tauhid memberikan harapan kepada sesiapa yang telah melakukan dosa untuk mendapatkan
pengampunan dari Allah dan mereka yang tertakluk di bawah kehendak Allaj.
Sekiranya dikehendakkiNya; diampunkan dosa-dosanya daan sekiranya
dikehendakkinya diazabkan mereka dahulu.
Firman Allah dalam surah An-Nisaa :48
إِنَّ ٱللَّهَ
لَا يَغۡفِرُ أَنۡ يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُوۡنَ ذَٲلِكَ لِمَنۡ يَشَآءُۚ
وَمَنۡ يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيۡمًا (٤٨)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain
dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (48)”
3. Tauhid memberi
harapan dalam penerimaan syafaat dari orang-orang yang dibenarkan memberi
Syafaat
Sesiapa yang SYIRIK, tidaka ada samasekali boleh dia menerima syafaat dari sesiapa pun.
Sesiapa yang SYIRIK, tidaka ada samasekali boleh dia menerima syafaat dari sesiapa pun.
Firman Allah dalam surah Al-Ghafir : 18
مَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ حَمِيمٍ
وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ
“(Pada saat itu)
orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh
membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima
pertolongannya. (18)”
As-Sheikh Hafiz Ibnu Ahmad Al-Hakami dalam kitab tauhidnya yang bertajuk “Ma'arij Al-Qabul” jilid satu tatakala menjelaskan kepentingan aqidah tauhid menjelaskan : “sesuai dengan kenyataan bahawa tauhid itu adalah disuruh oleh Allah, maka dengan ini, dakwah sekelian rasul-rasul kesemuanya adalah terhadap tauhid kepada Allah dan menafikan SYIRIK. Mereka tidak menyeru kepada sesuatu sebelum membuat seruan kepada tauhid dan tidak pula melarang sesuatu sebelum melarang dari syirik sepertimana yang telah dijelaskan secara meluas. Allah tidak menyebut berkenaan Tauhid bersama dengan suruhan-suruhan yang lain melainkan mendahuluinya dengan tauhid dan begitu juga menyebut berkenaan syirik bersama-sama dengan larangan-larangan yang lain melainkan mendahuluinya dengan SYIRIK.
Contoh perintah suruhan, Allah berfirman dalam surah An-Nisaa : 36
وَٱعۡبُدُواْ
ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔاۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا
وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ
وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ
أَيۡمَـٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً فَخُورًا
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan
janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan
sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan
membangga-banggakan diri.(36)”
Contoh dari segi larangan Nya… Allah berfirman dalam surah Al-An’am
: 151
قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا
حَرَّمَ رَبُّڪُمۡ عَلَيۡڪُمۡۖ أَلَّا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔاۖ
وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًاۖ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَڪُم مِّنۡ
إِمۡلَـٰقٍۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُڪُمۡ وَإِيَّاهُمۡ وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٲحِشَ
مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ
ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
“Katakanlah: Marilah,
supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu
janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat
baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada
mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang
daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah
diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan
oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
memahaminya. (151)”
Begitu juga dengan hadis2 Nabi ﷺ yang didalamnya membuat beberapa
suruhan dan larangan. Hadis-hadis ini sentiasa memulai segala suruhan dengan
seruan kepada tauhid dan mendahului segala larangan dengan larangan syirik.
Contohnya dalam hadis yang Nabi ﷺ ditanya : “Tunjukan kepadaku satu amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada syurga dan menjauhi diriku dari neraka”. Maka dijawabnya: “Demi sesungguhnya kamu telah menanyakan sesuatu yang amat penting… beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu syirik kepadNya dengan sesuatu… dan seterusnya dia menyebut amalan2 lain… (hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad ibnu Hanbal dan Ibnu Majah) – terjemahan daripada kenyataan As-Sheikh Al-Hakami.
No comments:
Post a Comment