السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PEMERINTAH : ULIL AMRI ATAU MULKAN JABRIYYAN????
Peranan pemimpin di dalam Islam amat penting. Islam amat menganjurkan sifat berkepimipinan. Islam tidak akan dapat di terapkan secara total tanpa sikap berkepemimpinan. Begitu lah Islam yang dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ dan dilanjutkan oleh para Khulafaur Rasyidin dan diteruskan oleh generasi sesudah mereka dalam bentuk khalifah dan daulah Islamiyah.
Sedangkan tuntutan daripada adanya kepemimpinan adalah ketaatan. Di dalam al-quran ada sepotong ayat yang memerintahkan taat kepada pemimpin. Biasanya ayat ini dikutip oleh para politikus Islam, bahkan parti 'non' Islam juga seperti Nationalis, terutamanya dimusim menjelang pilihanraya. Ayat ini juga dijadikan dalil dan hujah sebagai sumber menyokong hujah pendokong pemimpin thaghut - pemimpin yang menolak SYARI'AT ISLAM sebagai konstitusinya (perlembagaannya).
Namun yang menjadi kebimbangan umum ialah mereka mengutip ayat ini hanya sebahagian.. kenapa harus mereka sorokan kesemua ayat ini. Mereka mengambil secara tidak lengkap. mereka menjaja ayat ini supaya rakyat mematuhi mereka kononnya mereka juga Islam dan kerajaan Islam.
Ayat popular tajaan mereka dari surah An-Nisaa : 59
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِيۡنَ
ءَامَنُوٓاْ أَطِيۡعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيۡعُواْ ٱلرَّسُوۡلَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ
مِنۡكُمۡۖ فَإِنۡ تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِىۡ شَىۡءٍ فَرُدُّوۡهُ إِلَى ٱللَّهِ
وَٱلرَّسُوۡلِ إِنۡ كُنۡتُمۡ تُؤۡمِنُوۡنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ
ذَٲلِكَ خَيۡرٌ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيۡلاً (٥٩)
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan
lebih elok pula kesudahannya. (59)” :
Ayat ini disebut oleh ulama sebagai hak para pemimpin yang menjadi kewajiban rakyat. Sedangkan pada ayat sebelumnya (surah an-Nisaa : 58) tidak pernah di bacakan oleh mereka yang mengambil kesempatan dari puak thaghut. Ini disebabkan ayat tersebut menuntut pemimpin @ pemerintah menunaikan hak-hak ISLAM terlebih dahulu dan menjadi KEWAJIBAN kepada pemimpin iaitu menunaikan AMANAT kepemimpinan dengan sebaik-baiknya. Memberikan hak kepada yang berhak menerimanya dan memutuskan hukum diantara rakyatnya dengan seadil-adilnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa : 58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَنۡ تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ
أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُمۡ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَنۡ تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ
إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيۡعَۢا بَصِيۡرًا
(٥٨
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)”
Setiap kali waktu menghampiri pilihanraya, ayat ini begitu popular dikumandang oleh politikus. Ianya juga dijaja oleh pemimpin-pemimpin thaghut dan ulama upahan dan ulama suk demi menjaga kepentingan periok nasi mereka dengan menyorok ayat sebelumnya. Setiap kali pidatu mereka, ayat ini diulang-ulang dihadapan pelajar-pelajar, ketua-ketua masyarakat, alim ulama,ustaz-ustaz dan aktivis Islam. Tidak ketinggalan juga pemimpin taghut yang menjadikan dalil ini untuk meligitimasikan kesetiaan dan ketaatan kepada mereka. Kenapa ini berlaku??? Tak lain tak bukan kerana ayat ini mereka menuntut ketaatan rakyat terhadap ulil amri minkum - pemimpin dari kalangan kamu. Persoalannya ialah pemimpin diantara kita atau pemimpin di antara orang yang beriman...?????
Bagi yang mempergunakan ayat ini untuk kepentingan sendiri, mereka hanya mengambil atau membaca ayat ini sebahagian sahaja seperti:
Penyambung sehingga habis ayat amat jarang dikutip. Pada hal sambungan ayat itu amat penting... Kenapa disorokan??? Kerana ciri-ciri ulil amri minkum dijelaskan disini.. bahagian sambungan ini yang menjelaskan siapa sebenar pemimpin yang ditekankan tuntutan TAAT ini diberikan. Bukan menentukan dengan sebahagian ayat sudah dapat menentukan siapakah si fulan tersebut dan terus perolehi ketaatan umat.
Sambungan kepada ayat ini yang sentiasa disorokkan :
Mana-mana pemimpin yang memakai konstitusi selain al-Quran dan As-Sunnah adalah TIDAK LAYAK disebut sebagai ulil amri minkum yang sebenarnya. Mereka sebenarnya hanya layak di panggil MULKAN JABBARIYYAN.
Allah menjelaskan bahawa ciri-ciri utama ulil amri minkum yang sebenarnya ialah komitmen yang tinggi untuk mengembalikan segenap urusan yang diperselisihkan kepada Allah (Al-Quran) dan Ar-Rasul (Sunnahnya). Para pemimpin sejati diantara orang-orang yang beriman tidak munkin akan rela menyelesaikan berbagai urusan kepada selain al-Quran dan sunnah Rasul.
Ini amat diyaqini dan difahami benar dari peringatan Allah terhadap mereka yang beriman dengan ayat Allah dalam surah Al-Hujurat : 1
Dalam satu sirah khulafa menceritakan bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab mengeluarkan sebuah kebijakan ijtihad berupa larangan bagi wanita beriman bagi meminta mahar yang memberatkan pihak lelaki beriman mahu menikah. Tiba-tiba bangun seorang wanita beriman mengangkat suaranya mengkritik kebijakan Khalifah seraya mengutip firman Allah yang mengizinkan mukminat untuk menentukan mahar sesuka hati mereka. Amirul Mukminin langsung beristighfar dan berkata : “wanita itu benar dan Umar salah, dengan ini saya tarik balik kebijakan saya”.
Setiap kali waktu menghampiri pilihanraya, ayat ini begitu popular dikumandang oleh politikus. Ianya juga dijaja oleh pemimpin-pemimpin thaghut dan ulama upahan dan ulama suk demi menjaga kepentingan periok nasi mereka dengan menyorok ayat sebelumnya. Setiap kali pidatu mereka, ayat ini diulang-ulang dihadapan pelajar-pelajar, ketua-ketua masyarakat, alim ulama,ustaz-ustaz dan aktivis Islam. Tidak ketinggalan juga pemimpin taghut yang menjadikan dalil ini untuk meligitimasikan kesetiaan dan ketaatan kepada mereka. Kenapa ini berlaku??? Tak lain tak bukan kerana ayat ini mereka menuntut ketaatan rakyat terhadap ulil amri minkum - pemimpin dari kalangan kamu. Persoalannya ialah pemimpin diantara kita atau pemimpin di antara orang yang beriman...?????
Bagi yang mempergunakan ayat ini untuk kepentingan sendiri, mereka hanya mengambil atau membaca ayat ini sebahagian sahaja seperti:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِيۡنَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيۡعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيۡعُواْ ٱلرَّسُوۡلَ
وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡكُمۡۖ
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”Penyambung sehingga habis ayat amat jarang dikutip. Pada hal sambungan ayat itu amat penting... Kenapa disorokan??? Kerana ciri-ciri ulil amri minkum dijelaskan disini.. bahagian sambungan ini yang menjelaskan siapa sebenar pemimpin yang ditekankan tuntutan TAAT ini diberikan. Bukan menentukan dengan sebahagian ayat sudah dapat menentukan siapakah si fulan tersebut dan terus perolehi ketaatan umat.
Sambungan kepada ayat ini yang sentiasa disorokkan :
فَإِنۡ تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِىۡ شَىۡءٍ فَرُدُّوۡهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُوۡلِ إِنۡ كُنۡتُمۡ تُؤۡمِنُوۡنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيۡلاً
“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”Mana-mana pemimpin yang memakai konstitusi selain al-Quran dan As-Sunnah adalah TIDAK LAYAK disebut sebagai ulil amri minkum yang sebenarnya. Mereka sebenarnya hanya layak di panggil MULKAN JABBARIYYAN.
Allah menjelaskan bahawa ciri-ciri utama ulil amri minkum yang sebenarnya ialah komitmen yang tinggi untuk mengembalikan segenap urusan yang diperselisihkan kepada Allah (Al-Quran) dan Ar-Rasul (Sunnahnya). Para pemimpin sejati diantara orang-orang yang beriman tidak munkin akan rela menyelesaikan berbagai urusan kepada selain al-Quran dan sunnah Rasul.
Ini amat diyaqini dan difahami benar dari peringatan Allah terhadap mereka yang beriman dengan ayat Allah dalam surah Al-Hujurat : 1
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ
إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum
(mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)”
Dalam satu sirah khulafa menceritakan bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab mengeluarkan sebuah kebijakan ijtihad berupa larangan bagi wanita beriman bagi meminta mahar yang memberatkan pihak lelaki beriman mahu menikah. Tiba-tiba bangun seorang wanita beriman mengangkat suaranya mengkritik kebijakan Khalifah seraya mengutip firman Allah yang mengizinkan mukminat untuk menentukan mahar sesuka hati mereka. Amirul Mukminin langsung beristighfar dan berkata : “wanita itu benar dan Umar salah, dengan ini saya tarik balik kebijakan saya”.
Dalam kontek kehidupan kita dewasa ini, segenap sistem hidup yang berlaku diberbagai-bagai negara - baik negara majoriti penduduknya Muslim mahupun kafir, ialah mengembalikan segenap urusan yang diperselisihkan kepada selain Allah dan Rasul (sunnahnya).
Tidak kita jumpai satu pun kehidupan moden yang jelas-jelas menyebut bahawa satu ikutan yang dibelakukan Islam dan intinya ialah mendahulukan segala ketetapan Allah dan RasulNya sebelum yang lain-lainnya. Malahan apa yang kita temui semua negara moden mempunyai konstitusi mereka adalah hasil buatan manusia. seolah-olah manusia mampu merumuskan satu konstitusi yang lebih baik dan lebih benar daripada sumber utama dari Allah.
Justeru itu, ianya bermakna tiada satu pun dari negara-negara ini masih belum layak dipanggil ulil amri minkum yang sebenarnya. Amat benar Nabi Rasulullah ﷺ dan menyebut dalam hadisnya:
“MULKAN JABBARIYYAN ertinya penguasa yang memaksakan kehendaknya dan sudah tentunya mengabaikan kehendak serta perintah Allah dan Rasul Nya”
Amat bahaya kepada masyarakat luas yang kebanyakkan Jahil di exploitasikan oleh mereka yang berkepentingan telah menjadikan pemimpin tersebut sebagai taghut iaitu pihak yang selain Allah yang memilikki autoriti namun berlaku yang melampaui batas sehingga menuntut ketaatan umat sebagaimana selayaknya mentaati Allah... Nauzubillah min zaalika......
No comments:
Post a Comment