Thursday, October 13, 2011

BENARKAH POLITIK DENGAN AGAMA KENA DIPISAHKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


BENARKAH POLITIK DENGAN AGAMA KENA DIPISAHKAN

Sejak aku kecil sehingga dewasa, aku melihat kemelut ini berlaku dalam masyarakat sehingga ramai diantara orang Islam juga mengatakan bahawa POLITIK TAK BOLEH DICAMPURKAN DENGAN AGAMA. Apakah maksud mereka mengatakan demikian..??? Dimanakah dalil hujah mereka diambil sebenarnya????

Allah telah berpesan kepada semua ummat Islam dengan memanggil kita sebagai orang-orang berIMAN... memperingati kita supaya berTAQWA dan mengingati kita supaya jangan kita kembali kepadaNya melainkan kita dalam keadaan ISLAM.




Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 102
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ 
وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (102)
Wahai orang-orang yang berIMAN, berTAQWAlah kamu kepada Allah sesungguh TAQWA, janganlah kamu mati, melainkan dalam keadaan ISLAM yang sebenarnya {102}” 


IMAN

Rukun Iman ada 6 perkara
i.    Percayakan Allah
ii.   Percayakan Malaikat
iii.  Percayakan Kitab-kitab Allah
      a. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
      b. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa  a.s.
      c.  Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s
      d. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad 

iv.  Percayakan Rasul-rasul dan Nabi-Nabi
v.   Percayakan kepada Qadar dan Qadha
vi.  Percayakan kepada Hari Pembalasan (Kiamat)

Persoalannya ialah - Adakah kita benar-benar berIMAN kepada RUKUM IMAN dengan sebenar-benar IMAN???. Kita telah mengaku yang kita amat yaqin bahawa Allah itu Ujud dan mengutuskan MalaikatNya, membawa perutusan yang merupakan Kitab (Kalam) Allah kepada Rasul-RasulNya untuk beriman kepada KetentuanNya dan PembalasanNya (kiamat). 

Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 131
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ
وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (٣١

Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


TAQWA

Taqwa bermakna takut, bimbang, khuatir dan menyerahkan diri kepada Allah yang menciptakan kita. Firman Allah dalam suran An-Nisaa : 131
وَلَقَدۡ وَصَّيۡنَا ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِڪُمۡ وَإِيَّاكُمۡ

 أَنِ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ 


Demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah 




Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 284



لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ
وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِىٓ أَنفُسِڪُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُ‌ۖ

Dimaafkan (tidak dikira salah) atas ummatku KHILAF atau LUPA dan perbuatan yang dipaksakan, juga apa yang terlintas dihati selagi mereka tidak mengatakan atau mengerjakannya ” 

Imam Al-Ghazali رحمه الله berkata dalam kitabnya Ihyak Ulumiddin, ketika ayat ini turun, para sahabat merasa gelisah, lalu mereka mendatangi Rasulullah seraya berkata :

Kami telah dibebankan suatu yang kami tidak sanggup menghindarinya

Apa yang mereka fahami ialah Allah akan membalas dan menghitung segala sesuatu yang mereka lakukan hinggakan apa yang terlintas dihati mereka juga diambil kira. Rasulullah telah menyanggah pendapat mereka dengan sabdanya:


Apakah kamu mahu berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Kaum Bani Israel iaitu : Kami dengar, tapi tidak mahu patuh. Jangan begitu, katakanlah : kami dengar dan kami patuh. Kami memohon keampunan Mu wahai Tuhan, kepada Mu jualah kami akan kembali


Para sahabat bersetuju dengan petunjuk Rasulullah
itu, Allah turunkan ayat yang lain iaitu surah al-Baqarah : 285
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman

Rasulullah
dalam menerangkan maksud turunnya ayat ini dalam hadis sahihnya:
تُجُوِّزُلِى عَنْ أُمَّتِى الْخَطَأُ وَالنِّسْــيَانُ وَمَـااسْــتُكْرِهُوْا عَلَيْــهِ
 وَمَـا حَدَّثُوْا بِهِ أَنْفُسَــهُمْ مَـالَمْ يَقُوْلُوْا أَوْ يَعْلَمُوْا
Dimaafkan (tidak dikira salah) atas ummatku KHILAF atau LUPA dan perbuatan yang dipaksakan, juga apa yang terlintas dihati selagi mereka tidak mengatakan atau mengerjakannya.


ISLAM

Alangkah mulianya kita kerana diminta oleh pencipta untuk mati dalam Islam. Permintaan atau peringatan atau perintah keranan ISLAM adalah agama yang diakui Allah sebagai agama yang benar disisi Allah.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 19
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ
 إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۗ
وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ (١٩
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (19)




Amaran Allah 


Allah Murka terhadap hamba-hambaNya yang melebihkan aqli (aqal & logik) dengan meninggalkan Nakli (dalil yang dinakal kan dari al-quran dan hadis).


Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 85
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi(85)



Allah Telah Memperakui Agama Islam Adalah Agama Yang Diredhainya 


Firman Allah dalam surah al-Maidah : 3
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينًا‌ۚ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.


Perintah Allah supaya Mengambil Islam secara Menyeluruh


Firman Allah Al-Baqarah : 208
 يـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّة 
وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (٢٠٨)
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al Baqarah (208)

Justeru itu adalah HARAM MENCERAIKAN MANA-MANA bahagian Islam dari tuntutan Islam kerana ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI MELAINKAN ISLAM.

Allahu A'lam.....

No comments:

Post a Comment