Monday, October 24, 2011

SOLAT - HAKIKAT IMAN ATAU KETURUNAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



SOLAT : HAKIKAT IMAN ATAU KETURUNAN

Solat adalah salah satu rukun dari Rukun Islam. Islam di bina atas lima rukun.. Hadis Muttafaq
بُنِيَ الْاِسْــلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَــهَـادَةِ أنْلاَ إِلَــهَ  إِلاَّ الله  وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُــوْلُ اللهِ, وَاَقِيْمُوا الصَّـلاَةَ, وَإِيْتَـاءِ الزَّكَاةِ, وَصَـوْمَ رَمَضَـانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ إِنِسْــتَطَاعَ إِلَيْـــهِ سَــبِيْلاً

“Islam dibina atas 5 rukun. Bersaksi tiada Tuhan yang lain kecuali Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah, Kerjakan solat, tunaikan zakat, berpuasa sebulan bulan Ramdhan dan mengerjakan haji sekiranya mencapai kemampuan perjalanannya”


Amat diharapkan agar dengan cebisan ini Allah menambahkan ilmu agama keatas kamu dan kami, memimpin kita kejalan yang lurus, menghindarkan kita dari melakukan segala kejahatan diri dan kemahuan hawa nafsu. Sesungguhnya Solat adalah TIANG AGAMA. 



Semuga Allah menggulungkan kita kedalam golongan orang-orang yang sentiasa memelihara solat, sentiasa mendirikan solat, khusyuk dalam solat serta sentiasa menjaga waktu solat. Firman Allah yang telah mensifatkan hambanya yang mukmin dalam surah al-Baqarah : 238

حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ 
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (238)

Surah Ar-Room : 31-32
مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ (٣١) مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَڪَانُواْ شِيَعً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ (٣٢)
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta berTAQWAlah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik(31) Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)(32)

Perkataan ‘Munibin’ adalah berasal dari ‘inabah’ ialah kembali kepada Tuhan. BerTAQWA ialah TAKUT kepada ALLAH.

Surah Al-Mukminun : 1-9
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ(١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ(٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ(٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ(٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ(٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ(٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ(٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ(٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ(٩)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman(1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya(2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia(3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)(4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya(5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela(6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas(7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya(8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.(9)

Orang-orang yang berIMAN ialah orang yang benar2 takutkan Allah, mengerjakan dengan segala kekhusyukan, dengan bacaan yang betul taariz taayinnya, sebutan dan makhrajnya, tajwid dan tuntutannya, tanpa hatinya diganggu oleh sebarang lintasan. Mereka yang tiada lagha dan sia-sia dalam kehidupan harian. Mereka yang tulus dan ikhlas dengan Allah. Mereka yang sentiasa membantu insan lain dengan zakat mereka. Mereka yang menjaga kehormatan diri, menutup aurat, tidak mencarut dan mempertahankan yang BATIL. Sentiasa menjagai aurat mereka kecuali kepada keluarganya yang rapat. Kalau mereka dengan spin dan mencari diluar yang dibenarkan, mereka adalah orang2 yang MELAMPAU dan memusuhi Allah. Mereka ini ialah orang2 yang sentiasa menjaga AMANAH dan JANJI mereka. Mereka tetap memelihara SOLAT.

Allah mengecualikan mereka dari jenis manusia yang sentiasa berdukacita dan tidak SABAR tatakala ditimpa kesusahan dan kegagalan. Mereka sentiasa bersyukur bila mendapat kejayaan dan kesenangan. Seolah-olah Allah berkata: “Bahawasanya orang2 yang sebenar2nya solat bukanlah orang yang selalu berdukacita atau sentiasa berkeluh kesah dan tidak bersyukur.

Pendapat ku ketiga-tiga sifat ini iaitu berdukacita, berkeluh kesah dan tidak bersyukur bolehlah dikira sifat MUNKAR.

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut : 45
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar

Orang2 yang bersolat serta memelihara waktunya akan dihalang dari melakukan segala yang ditegah oleh Allah seperti sifat2 diatas dan semua perkara2 lain yang di larang Allah…. Seperti syirik, syubhah dan maksiat.
صَـلُّوْا كَمَـا رَأَيْتُمُوْانِى أُصَــلِّى
“Solat lah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat”

Solat mesti lah menurut sifat yang telah diajarkan oleh Rasulullah seperti yang kita contohi dari ulama salaf dan khalaf. Hanya orang yang bersolat sedemikian itulah yang dihitung sebagai orang yang mendirikan solat dan memelihara solat disisi Allah.


HAKIKAT SOLAT LAHIR DAN BATIN

Kedua-dua hakikat solat seandainya tidak digabungkan menjadi satu, solat seseorang itu tidak dikira sebagai solat yang sempurna.

Hakikat Lahir ialah berdiri, membaca, rukuk, sujud dan seumpamanya itu dari tugas2 solat yang lahir. 


Hakikat Batin pula ialah seperti khusyuk, hadhir hati, tulus ikhlas yang sempurna, meneliti dan memahami setiap makna bacaan, tasbih dan seumpamanya adalah dari tugas-tugas solat yang batin.

Tugas solat yang lahir ialah bahagian badan dan anggota, manakala tuga solat yang batin ialah bahagian hati dan rahsia kebatinannya. Yang kedua inilah yang diperhatikan oleh Allah terhadap setiap hambanya, yakni hati dan rahsia dirinya.

Imam Ghazali Rahimahullah berkata : Perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir sahaja dan melalaikan sifat hakikat batinnya seperti seseorang itu seperti menghadiahkan seorang puteri yang telah mati, tiada bernyawa lagi kepada seorang maharaja agung.  Dan perumpamaan orang yang mendirikan solat dengan melalaikan hakikat solat lahirnya seperti menghadiahkan seorang puteri yang cacat seperti kudung kakitangannya, buta matanya kepada seorang raja. Sudah tentu Raja itu akan murka dengan hadiahnya.

Kedua-duanya akan dimurkai oleh Allah disebabkan hadiahnya. Mereka akan diabaikan oleh Allah kerana menghina Allah, Allah akan membalas kecuaian mereka dengan azabNya… Hindarilah azab Allah kerana azab Allah amat pedih….



No comments:

Post a Comment