السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اِسْــــلاَمُ يَعْلُوْا وَلاَ يُعْلَى عَلَيـْـــِه
"Sesungguhnya Islam itu tinggi, Dan Tiada yang lebih tinggi daripadanya".
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمَرَيْنَ لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدًا اِنْ تَمَسَّـــكْتُمْ بِهِمَــا
كِتَـابَ الله وَسُـــنَّتِى
كِتَـابَ الله وَسُـــنَّتِى
"Aku tinggalkan atas kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang dengan keduanya - Kitab Allah (al-quran) dan sunnah ku".
وَمَنْ اَصْـدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيْثًـا
"Adakah sesiapa yang lebih benar perkataannya dari Allah"
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa : 122
وَمَنْ اَصْـدَقُ مِنَ اللهِ قِيْلاً
"Adakah sesiapa yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah"
Dalam kontek kemelut pergeseran kepentingan antara peribadi atau kumpulan dengan kepentingan ISLAM itu sendiri, tanpa disedari oleh ummat Islam sendiri, mereka cuba menangkis tuntutan ummat Islam dengan memberi alasan yang berpandukan aqal mereka yang cetek, yang dirasuki iblis atau kilauan barat, mereka mengaku HUDUD adalah hukum ALLAH tetapi terpaksa ditolak atau tidak dilaksanakan kerana berPAKSI kepada realiti masyarakat berbilang kaum.
Persoalan ini seolah-olah menjadikan Islam itu tidak tinggi. Isu ini bertepatan dengan lafaz taklid yang disuarakan oleh dua komponen parti pemerintah yang akan mengugut untuk meninggalkan Parti Pi Em dan UmNo sekiranya HUDUD dilaksanakan.
Hasil dari ucapan 2 pemimpin dari parti berbangsa China yang tidak Islam ini, pemimpin pemerintah seolah-olah serentak menyerang ummat Islam dengan berbagai-bagai tuduhan.... diantaranya
1. Dato' Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UmNo mengatakan Jemaah Islam PAS menjadikan HUDUD sebagai senjata
2. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berkata jika sebelum ini Pas disergah DAP dan akhirnya mengalah, isu yang ditimbulkan semula ini juga tidak akan ke mana kerana Pas takut kepada DAP.
3. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
4. Dato Paduka Mashitah Ibrahim mempersendakan HUDUD amat memilukan hati ummat Islam kerana keberaniannya tumpang menyesatkan ummat Islam dalam menendang Perundangan Islam ke bakul sampah.
5. Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib telah mengisytiharkan bahawa HUDUD sememangnya hukum Allah tetapi berpaksikan kepada realiti masyarakat berbilang kaum, kerajaan menolak HUDUD.
Persoalannya : Kemanakah menghilangnya semua ulama lima bintang??? Apa pula pandangan YB Menteri Jamil Khair Baharom? Kemana perginya ulama-ulama UmNo yang beria-ria nak berdebat dahulu????? Entah la... mungkinkah temolok dah penuh, mata pun layu dan kuyu, dibuai penghawa dingin... tertidor sehingga tak sedar mereka juga menghadapi sakit mental yang hebat....
Bukankah sistem Pemerintahan Dalam Negeri tertakluk dengan perintah ayat ini. Dengan wujudnya sistem ini akan terlaksanalah hukum-hakam sebagaimana yang dituntut dalam firman Allah: Surah Al-Maidah 5: Ayat 49
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq.”
No comments:
Post a Comment