Saturday, October 1, 2011

JAGA HATI .....

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه
بســـم الله الرحمن الرحيم


HATI

Adalah dimaklumkan bahawa kebanyak manusia meninggal dunia dalam keadaan Suuk Al-Khatimah. Mereka lalai dalam penjagaan hati mereka. Mereka lebih cenderong kepada kehendak hati mereka dengan dikawal oleh nafsu.

Berkata sebahagian ahli Hikmah :

Selamatnya TUBUH pada sedikit makanannya, selamatnya RUH kerana sedikit dosanya dan selamat AGAMA terletak pada membacanya selawat seseorang kepada sebaik-baik makhluk yakni Nabi Muhammad .

Sabda Rasulullah
riwayat Imam Bukhari & Muslim :
،أَلَا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَـةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَـدُ كُلُّـهُ
 وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَـدَ الْجَسَـدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ” - رواه البخاري ومسلم
Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati. 



Jagailah hati kita dari sifat-sifat MAZMUMAH kerana sifat2 ini akan memakan SEGALA AMALAN KITA..... TIADA GUNANYA KESOMBONGAN, KEEGOAN, RIAK, TAKBUR,'UJUB, SUM'AH, MENIPU, MEMBELIT, MENGELIRUKAN, PEMARAH, CEPAT MELATAH DAN SEGALA PERSEPSI UNTUK MENDAPAT KESENANGAN DAN KEMULIAAN DUNIA....


Begitu juga bagi mereka yang menDUSTAkan para WALI ALLAH dan mengINGKARI mereka tanpa HAQ, seterusnya mereka yang mendapat tingkatan darjat dengan ilmu agama mereka dan tingkatannya di buru bukan dengan cara yang baik... malah melalui jalan-jalan keji dan di cela Allah.

Diantara yang sangat ditakuti atas seseorang Muslim ialah ditimpa SUUK AL-KHATIMAH ialah membuat BID'AH dalam agama. Begitu juga bagi mereka yang menanam SYAK dan RAGU-RAGU terhadap Allah, para Rasul dan Hari Akhirat. 

Berwaspadalah dari dijangkiti segala penyakit ini dengan meningkatkan keIMANan yang mantap. 

Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 102
يَـآيُّهَـا الَّـذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَـاتِهِ 
 وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَ وَاَنْتُمْ مُسْــلِمُوْنَ
“Wahai orang-orang yang berIMAN, berTAQWAlah kamu kepada Allah sesungguh TAQWA, janganlah kamu mati, melainkan dalam keadaan ISLAM yang sebenarnya

Sabda Rasulullah riwayat Imam Bukhari :
قُلِ الْحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا - رواه البخاري  
Berkata BENAR walaupun ianya PAHIT


CARI LAH REDHA ILAHI.... BUKAN REDHA MAKHLUK.....................

No comments:

Post a Comment