Wednesday, October 12, 2011

HUDUD : HALANGAN & UGUTAN TUN MAHATHIR KUTTI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HUDUD - PERINTAH ALLAH ATAU PERMAINAN POLITIK

Sejak PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan Darul Naim, Kerajaan PAS Kelantan telah menggubal Kanun Jenayah Syariah (II) dan disokong sebulat suara dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 yang lalu.


Firman Allah dalam surah Al-Maidah 5: Ayat 49

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ
 وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ
فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ
 وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ
يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمًا لِّقَوۡمٍ يُوقِنُونَ (٥٠)
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (49) Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. (50)

Malangnya proses perlaksanaannya telah di halang secara rasminya oleh Pi Em pada masa tu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed dengan surat rasminya yang menyimpang dengan alasan-alasan logik pemikirannya sendiri. 




Amat malang Negara (Islam?) Malaysia yang mempunyai keupayaan memberikan contoh kepada dunia khususnya negara-negara ummat Islam yang lain yang berfahaman sekular untuk kembali kepada Islam... rupa-rupanya kita dengan mereka SERUPA aje ... 




Apakah yang menyebabkan kita terpaksa mengambil masa terlalu lama sehingga sekarang yang sudah menjangkau masa yang terlalu lama iaitu 18 tahun (dari 1993)? Apakah kita masih lagi kekurangan ahli agama atau 'ALIM 'ULAMA???? Kita sudah menguasai negara sejak 54 tahun yang lalu...... 




Kita mempunyai Universiti Islam Antarabangsa, Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Fatwa Negeri-Negeri, Mufti-Mufti, Qadhi-Qadhi, JAKIM, ILIM, IKIM, YADIM, Pensyarah Akademi Islam di semua Universiti tempatan (UKM, UM, USM, UPM,UiTM, UUM dan lain-lain) dan bermacam-macam universiti di peringkat antarabangsa yang boleh dipanggil seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Mu'tah di Jordan, Universiti Ummul Qura di Mekah, Universiti Islam Medinah, Universiti-universiti yang banyak PHD Islam mendapatkannya di Barat.


Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 10
وَلَا تَكُوۡنُوۡاْ كَٱلَّذِيۡنَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ
وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١٠٥ 
Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisih faham sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang, mereka itulah yang akan memperolehi SIKSA YANG DAHSYAT {105}”




Firman Allah dalam surah al-'Ankaboot : 69

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ
وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٦٩
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya(69)


Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'aam : 159 
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَہُمۡ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسۡتَ مِنۡہُمۡ فِى شَىۡءٍ‌ۚ
إِنَّمَآ أَمۡرُهُمۡ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُہُم بِمَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ (١٥٩)
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya) (159)


Hadis Riwayat At-Thabrani - Bahaya bersama dengan orang2 yang zalim :
عن أَوْسَ بن شُرَجِيلَ رضي الله عنه، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ
 اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ مَشَى مَعَ ظَالِمٍ
لِيُعِينَهُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ ظَالِمٌ ،فَقَدْ خَرَجَ مِنَ الإِسْلامِ. ﴿رواه الطبراني﴾ 

Daripada Aus bin Shurajil رضي الله عنه  bahawa dia mendengar Rasulullah  bersabda: “Barangsiapa berjalan bersama seorang yang zalim untuk membantunya dan dia mengetahui bahawa orang itu zalim, maka dia telah ke luar dari agama Islam.



Apakah HUDUD atau Qanun Syari'ah hanya di WAJIBKAN untuk dipelajari dan diketahui tetapi tanpa perlaksanaan, sebagai satu perkara lagenda sahaja...

He he he he ..... Entah laaaa.....







No comments:

Post a Comment