السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUDA KEPANG – ANTARA ADAT / SYARAK
SIAPA KAH YANG MEMBAWA KEMBALI AMALAN TAHYUL NENEK MOYANG BANGSA MELAYU YG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM KE DALAM PUSAT PENGAJIAN TINGGI.......
Bawa Masuk Kuda Kepang, PMIUPM Kesal dengan Penganjur
Serdang, 20 Okt- Persembahan permainan kuda kepang asli yang dimainkan oleh sekumpulan penggiat permainan tersebut yang berlangsung di tapak Pesta Konvokesyen UPM, kelmarin (Selasa) menjadi tanda tanya bagaimana permainan yang difatwakan haram oleh majlis fatwa ini boleh dianjurkan di UPM.
Tindakan Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) selaku penganjur Pesta Konvokesyen UPM ke-35 turut dipertikai Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) kerana permainan yang mengamalkan upacara ritual ini boleh merosakkan akidah dan syirik kerana terdapat unsur pemujaan makhluk ghaib.
Firman Allah dalam
surah Yunus : 105 – 106
وَأَنۡ أَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّيۡنِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ
ٱلۡمُشۡرِكِيۡنَ(١٠٥) وَلَا تَدۡعُ
مِنۡ دُوۡنِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَۖ فَإِنۡ فَعَلۡتَ
فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ ٱلظَّـٰلِمِيۡنَ (١٠٦)
“Serta (diwajibkan
kepadaku): Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan
perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas dan janganlah engkau menjadi
dari orang-orang musyrik. (105) Dan janganlah engkau (wahai Muhammad)
menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan
manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu,
sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah
engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu) (106)”
Memetik dari laman PMIUPM, “Presiden PMIUPM, Mohd Hazim Mohd Noh nyatakan kekesalan dan mempertikai tindakan penganjur Pesta Konvokesyen kali ini, Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) yang membenarkan upacara gelanggang kuda kepang asli itu masuk ke UPM walaupun fatwa pengharaman permainan kuda kepang bertarikh 18 Februari 2009 telah ada”
Keputusan Majlis Fatwa bertarikh 18 Februari 2009 pula menyatakan “Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiyah.
“Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan kuda kepang. Mereka yang bergiat dalam kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.”
Pendirian Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, saudara Ramzul Nasri Kamaruzaman pula berhubung isu ini, ketika dihubungi, beliau turut sependapat dengan Presiden PMIUPM bahawa sebarang unsur khurafat, syirik dan merosakkan aqidah mesti dihindari dan ditegah daripada dianjurkan di UPM.
“Bukan sahaja di universiti, bahkan di tempat awam pun tidak sepatutnya dianjurkan kerana fatwa pengharamannya telah pun ada.” tambah beliau lagi.
Pendirian Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, saudara Ramzul Nasri Kamaruzaman pula berhubung isu ini, ketika dihubungi, beliau turut sependapat dengan Presiden PMIUPM bahawa sebarang unsur khurafat, syirik dan merosakkan aqidah mesti dihindari dan ditegah daripada dianjurkan di UPM.
“Bukan sahaja di universiti, bahkan di tempat awam pun tidak sepatutnya dianjurkan kerana fatwa pengharamannya telah pun ada.” tambah beliau lagi.
Turut dilaporkan, seorang siswi pula diserang histeria di sebuah kolej selepas menonton permainan tersebut. Menurut perawat siswi tersebut, gangguan yang dialaminya memang berpunca dari semangat yang dipuja dalam permainan kuda kepang malam yang sama.
Presiden PMIUPM juga meluahkan rasa kecewa apabila bagaimana permainan misteri itu dijalankan sedangkan pada masa yang sama berlangsung program kerohanian di atas pentas berhampiran kira-kira 100 m dari tempat permainan tersebut.
Program Live Band with Mu’adz anjuran PMIUPM turut mengundang kumpulan Qasidah oleh pelajar tahfiz, persembahan teater Hasan Al-Bana oleh Smart Crew PMIUPM selain gandingan mantap Mu’adz bersama penasyid yang dikenali sebagai Mr Spontan dan Mr Gendang.
Menurut sumber lagi, PMIUPM akan mendapatkan penjelasan sebenar daripada penganjur dan bertemu dengan Presiden KEPERTAMA, Tn Haji Mohd Zailani Abd Razak berhubung isu ini dalam masa terdekat.
Firman Allah dalam surah Al-Fatir : 6 – 8
إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمۡ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوۡهُ عَدُوًّاۚ
إِنَّمَا يَدۡعُوۡاْ حِزۡبَهُۥ
لِيَكُونُواْ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيۡرِ(٦) ٱلَّذِيۡنَ
كَفَرُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ
شَدِيۡدٌۖ وَٱلَّذِيۡنَ ءَامَنُوۡاْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬
وَأَجۡرٌ كَبِيۡرٌ(٧) أَفَمَن زُيِّنَ لَهُۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ فَرَءَاهُ
حَسَنًاۖ
فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَنۡ يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَنۡ يَشَآءُۖ
فَلَا تَذۡهَبۡ
نَفۡسُكَ عَلَيۡہِمۡ
حَسَرَٲتٍۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيۡمُۢ بِمَا يَصۡنَعُوۡنَ(٨)
“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia
musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka (6) Orang-orang
yang kafir, bagi mereka azab yang berat dan orang-orang yang beriman serta
beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar (7) Maka
(fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh
Syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan
sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi
hidayat kepadanya atau sebaliknya?) kerana sesungguhnya Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga memberi hidayat petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu
(wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan (8)”
Semuga Allah memberikan kekuatan Iman dan Taqwa kepada mereka dari terpengaruh dengan hasutan SYAITAN yang menyerupai manusia dan jin......
نَعُوۡذُ بِاللهِ مِنَ الشَّــيۡطَانِ وَالۡإِنۡسِ رَجِيۡمِ
“Kami memohon perlindungan Allah dari Syaitan dan manusia yang kena
rejam”
apa slahnya jika tradisi ini di kekal kan sehingga ke hari ini
ReplyDeletejika ia di katakan haram mengapa tidak dari dulu lgi ia di haramkan? mengapa baru sekarang ia di haramakan? sedangkan Wali songo pown memperluas kan agama menggunakan tarian kuda kepang
ini hanya luahan hati saya sebagai pewaris kuda kepang sekitar kluang johor
Pengharaman sesuatu dalam islam secara berperingkat. Jadi, ia nya haram lah sbb dipercayai dan dipastikan dgn lebih mendalam mmg ada unsur pemujaan. Samalah mcm ulek mayang, makyong bla bla bla.walaupun memang warisan tradisi orang melayu, kalau ada unsur2 sebegitu, kalau dah haram, haramlah :) itu sudah sebagai pnghinaaan kalau tarian yg mmg tak ada kena mngena dngn islam. Islam ada kaitan tradisi org melayu dgn ayat2 suci ke? Takde kan ? Jadi, lebih baik diharamkan
Deletekami bukan menggunakan mantra ataw jampi serapah seperti di dalam blog2 yang lain kami menggunakan ayat2 suci Al-Quran jngan di salah anggap
ReplyDeletekerana ini warisan negeri johor