الســــلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتــــه
بســــــم الله الرحمن الرحيم
DIALOG DI ANTARA MANUSIA, MALAIKAT & IBLIS
Makhluk ada lah kejadian ciptaan Allah bagi tujuan untuk mengisi bumi Allah ini dan menghambakan diri kepada Nya.
Firman Allah:
وَمَـا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ
“Dan tidak lah Kami ciptakan jin dan manusia melainkan memperhambakan diri kepada Ku”
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan بســم الله الرحمن الرحيم.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.
Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.
Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah
Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.
Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya
sekali. Rugilah (kalau sempatlah).
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!
Manusia - Uh.. Letihnya hari ni. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia
& akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) &
kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 208
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُوْا فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬
“Wahai orang-orang yang berIMAN, masuklah kamu ke dalam Islam secara keSELURUHan-nya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu MUSUH yang nyata bagimu(208)”
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 14-16
وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (14) ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ (15) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ (16)
“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami TETAP BERSAMA KAMU, sebenarnya KAMI HANYA MEMPEROLOK-OLOK (akan orang-orang yang beriman (14) Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu) (15) Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh PETUNJUK HIDAYAT(16)”
YAQINLAH... ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSOROK DI HATI KITA.......
No comments:
Post a Comment